ANTAL HADI ANTAL HAQ LAISAL HADI ILLA HU

My photo
MASIH DALAM PERJALANAN

Followers

Wednesday, October 26, 2016

M.Nasir sang pencinta - Video Tersirat





Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari "Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi..." mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu "berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang..." Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud "bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati..." dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia "memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api". Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang "...dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)...". Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah "...menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang". Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan "cahaya di atas cahaya" berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. "(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi...dengan cuaca pagi yang cemerlang..." malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan "bertaubat di awal pagi" terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: 
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah 
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah "yang Allah beri petunjuk" dan kamu "berada pada jalan yang benar" dan bukan "mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan". Dan kamu akan memahami rahsia: 
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan "perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu", dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.


Friday, April 19, 2013

Hanya aku yg hina

Sudah terang lagu bersuluh Umpama jalan tiada simpang Tetapi hati resah dan gundah Apakah diri jauh dari rahmahNya... Kian diri menongkah arus Mencari jalan ikhlas tiada paksa Makin jauh perjalanan makin bingung di persimpangan Terasa kosong..... Ya Allah ya Allah ya Allah... aku mohon ya Allah... tunjukanlah jakan yg haq kepada ku yg Allah... jiwa ku kosong ya Allah... sesungguhnya Engkau yg maha mengetahui... apa yg tersembunyi di dln hati ini.... Allahu Akbar

Thursday, January 3, 2013

mencari diri dan erti

kembara hati mencari diri

Wednesday, May 19, 2010

CINTA ADAM DAN HAWA

Jasad Adam dan jasad Hawa]

Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan pada tempat ini adalah bagi kesinambungan kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat yang lebih rendah daripada lelaki seeprti firman Allah,
"Lelaki ada kelebihan di atas perempuan" (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki. Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya dia mempunyai kecenderungan kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan lelaki (=kemesraan) kepada perempuan adalah kecenderungannya terhadap dirinya sendiri kerana perempuan adalah sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik kepada lelaki kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan dan kecenderungan.


[...cinta Adam dan cinta Hawa]

Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa.

Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa adalah "pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa" Allah berfirman,
"Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka" (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.


[Kejadian jasad jenis ketiga]

Kemudian Adam menutupi Hawa dan menuangkan air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu, darah haid yang Allah tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad itu terbentuk jasad ketiga yang berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam dan Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan di dalam kandungan itu seperingkat demi seperingkat dengan perubahan daripada air mani kepada darah beku kepada segumpal daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan daging kepada tulang. Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya.
"Segala puji bgai Allah, Pencipta yang paling baik" (23:14).

Sekiranya bukan kerana terlalu panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan, perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah! Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang Dia kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam satu perkara berbanding dengan perkara lain.
"Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah, Maha Bijaksana" (3:18).

CINTA ADAM DAN HAWA

Jasad Adam dan jasad Hawa]

Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan pada tempat ini adalah bagi kesinambungan kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat yang lebih rendah daripada lelaki seeprti firman Allah,
"Lelaki ada kelebihan di atas perempuan" (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki. Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya dia mempunyai kecenderungan kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan lelaki (=kemesraan) kepada perempuan adalah kecenderungannya terhadap dirinya sendiri kerana perempuan adalah sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik kepada lelaki kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan dan kecenderungan.


[...cinta Adam dan cinta Hawa]

Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa.

Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa adalah "pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa" Allah berfirman,
"Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka" (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.


[Kejadian jasad jenis ketiga]

Kemudian Adam menutupi Hawa dan menuangkan air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu, darah haid yang Allah tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad itu terbentuk jasad ketiga yang berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam dan Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan di dalam kandungan itu seperingkat demi seperingkat dengan perubahan daripada air mani kepada darah beku kepada segumpal daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan daging kepada tulang. Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya.
"Segala puji bgai Allah, Pencipta yang paling baik" (23:14).

Sekiranya bukan kerana terlalu panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan, perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah! Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang Dia kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam satu perkara berbanding dengan perkara lain.
"Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah, Maha Bijaksana" (3:18).

Sunday, May 16, 2010

maarifat

Hakikat Makrifat

Ketahuilah olehmu wahai saudaraku, hakikat makrifat itu terhimpun ia atas tiga[3] perkara iaitu;

1. Pegangan yang putus[tetap dan teguh]
2. Muafakat bagi yang sebenar [betul dengan hukum syarak]
3. Daripada dalil Akal dan dalil Naqal daripada Al-Quran dan Hadis
Maka tertolak(batal)makrifat itu tiga perkara pula iaitu;

1. Syak
2. Dzan
3. Waham
Adapun erti syak itu bersamaan berat antara ada dengan tiada pada hati seseoarang. Erti Dzan itu dua bahagi berat kepada ada[2/3] dan satu bahagi berat kepada tiada[1/3].Erti Waham itu dua bahagi ringan kepada tiada dan satu bahagian ringan kepada ada.

Maka jika ada satu daripada yang tiga ini di dalam hati seseorang maka tiadalah memadai makrifatnya.

Jika ia yakin lagi putus pegangannya dan muafakat bagi yang sebenar tetapi tiada dengan dalil, dinamakan dia taklid yang Sholeh bukan nama makrifat. Maka yang demikian itu pada Qaul[Pendapat] yang muktamat, mereka ini adalah mukmin yang 'Ashi (mukmin yang derhaka) jika ia mempunyai akal. Derhakanya ia kerana tiada mahu belajar sedangkan dia sihat.

Ketiga; pegangan yang putus tiada muafakat dengan yang sebenar dan tiada daripada dalil, maka dinamakan orang itu Jahil Murakkab(Jahil yang bersusun) seperti kata orang yahudi "bahawasanya Nabi Isa anak Allah" atau seperti i'tiqad majusi dengan dua tuhan satu tuhan dilangit dan satu tuhan dibumi. Maka orang itu tiada khilaf(bersalahan) ulama akan bahawasanya ia kafir. Mahasuci Allah Taala itu diperanakkan dan beranak seperti firmanNya dalam Suratul-Ikhlas ayat 3 -4 yang bermaksud;

"Tiada beranak Ia dan tiada diperanakkan dan tiada sebangsa baginya seseorang".(Surah Al-Ikhlas;3-4)

"Jika ada di dalam tujuh petala langit dan bumi, ketuhanan yang lain daripada Allah Taala, nescaya binasa keduanya(Surah Al-Ambiya';22) dan lagi firmanNya yang bermaksud;

Jangan kamu ambil akan dua tuhan.Sesungguhnya tuhan itu Tuhan Yang Esa (Surah Al-Nahl;51).

Bermula mengetahui dua puluh sifat itu setengah daripada jalan mengenal Allah Taala dengan Ilmu(Ilmu Yakin) kerana mengenal Allah dengan berdalil kepada sekelian Alam dan memikirkan akan segala kejadian seperti firman Allah dalam Suratul Imran:190 - 191 yang bermaksud:

"Bahwasanya pada kejadian langit dan bumi dan bersalahan malam dan siang sebagai tanda bagi orang yang mempunyai fikiran, mereka yang sentiasa menyebut akan Allah Taala pada waktu berdiri dan pada waktu duduk dan pada waktu berbaring atas lambung dan sentiasa memikir mereka itu pada segala kejadian langit dan bumi."

Pengetahuan mengenai sifat-sifat yang Wajib bagi Allah dan Rasul , sifat-sifat yang Mustahil dan Harus bagi Allah dan Rasul ini kenali juga dengan ilmu-ilmu berikut:

Ilmu Tauhid
Ilmu Usuluddin
Ilmu Kalam
Ilmu 'Aqaid
Ilmu Sifat Dua Puluh
Ilmu Akal
Perbincangan mencakupi perbahasan tentang makna dan maksud yang tersirat di sebalik pengucapan Kalimah Syahadah. Meliputi perkara-perkara seperti;

Makna Ketuhanan
Hakikat Ketuhanan
Sifat-sifat Ketuhanan
yang wajib dipelajari oleh setiap muslim bagi tujuan untuk mentahkidkan pegangan seseorang agar dapat mengenal dan membeza Ketuhanan Allah Taala yang ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH. Ilmu Tauhid inilah yang menjadi asas dan tapak permulaan untuk meneroka ilmu-ilmu yang seterusnya seperti Ilmu Tasauf dan Ilmu Tahqiq(Martabat Tujuh) yang akan membebaskan seseorang daripada najis syirik Jali [besar] dan syirik Khofi [halus/tersembunyi].

Adapun memikirkan akan segala kejadian itu bukanlah semata-mata pada langit dan bumi sahaja bahkan semua kejadian adalah dijadikan untuk mengambil dalil yang menunjukkan akan ketunggalan Allah Taala dan kekuasaannya. Demikian lagi sama juga dengan memandang dan memikir pada kejadian diri kita juga daripada yang pelik dan pekerjaan yang ganjil yang lemah oleh pancaindera pemikiran yang sama dengan pandangan kepada kejadian langit dan bumi ialah tanda bagi yang berakal mengenal dan mengingat akan tuhan yang amat bijaksana seperti firmannya dalam Suratul Zaariyat yang bermaksud;

"Dan pada diri kamu adakah tiada melihat kamu" [yakni sebagai melihat yang jadi pengajaran].

Maka dari sinilah sebahagian daripada Ilmu Tasauf mengajar mengenal diri dan jika kenal diri barulah kenal Allah. Harap pembaca dapat turut mengupas yang berikutnya...Insya Allah.

ugama

Yang Dinamakan Agama

Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat[4] perkara iaitu;

1. Iman
2. Islam
3. Tauhid
4. Makrifat
Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang(sesuatu) yang didatangkan oleh Rasulullah SAW.; iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah. Bukanlah buatan dan rekaan daripada Nabi seperti firman Allah yang bermaksud;

Tiada ia(Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan ia(Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran Rasulullah SAW. dengan firman Allah yang bermaksud:

Telah benarlah hambaku(Muhammad SAW.) pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripadaKu(Allah).

Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam[6] perkara iaitu;

1. Percayakan Allah
2. Percayakan Malaikat
3. Percayakan Kitab Allah
4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
5. Percayakan Hari Qiyamat
6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah
Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam[tetapdan teguh] yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa(Tunggal) yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekelian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.

Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia. Bahawasanya penghulu-penghulu mereka itu empat iaitu;

1. Jibrail menyampaikan wahyu
2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
3. Israfil meniup sangkakala
4. 'Izrail mencabut nyawa
dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu;

Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang yang telah mati.
Malik Ridzuan menjaga syurga.
Malik Zabaniah menjaga neraka.
Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri menyurat keduanya akan sekelian kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan oleh mukallaf itu.
Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi pada hari qiyamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;

"Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu pada hari Qiyamat lapan orang".

Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala. Bahawasanya kitab yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf;

50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis
30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada Kitab Tuarat
Kitab Taurat bagi Nabi Musa
Kitab Injil bagi Nabi Isa
Kitab Zabur bagi Nabi Daud
Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.
Maka sekelian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. dan diturunkan kepadanya Al-Qur'an, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Qur'an kerana Al-Qur'an menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad SAW.

Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu Allah.

Dan makna percaya akan hari Qiyamat ialah percayakan kedatangan hari penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan, pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Qiyamat.

Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.

Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan maksiat seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfaal: 3 yang bermaksud;

"Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya bertambah mereka itu imannya". dan sabda Nabi SAW. yang bermaksud;

'Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan". {Riwayat Bukhari)

Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu;

1.Dholim Linafsih iaituZalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh dengan kejahatan.
2. Muktasid iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.
3. Saabiqul Bilkhoiraat iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu mereka sentiasa Taqarub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan perkara yang haram dan yang makruh seperti firman Allah dalam Surah Al-Fatir;32 yang bermaksud;
"Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih ) dan di antaranya ada yang sederhana(menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya ada yang maju(Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin Allah. Itulah kurnia yang besar".

Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima bahagian iaitu;

1. Iman Taklid iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanykan orang awam.

2. Iman Ilmu Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan burhan.

3. Iman 'Ainul Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.

4. Iman Haqqul Yakin iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam Musyahadah.

5. Iman Kamalul Yakin atau iman daripada hakikat iaiutu iman yang jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah Subhanahuwataala. Iman ini bagi orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana. {Petikan daripada Kitab 'Aqiidatun-Najin}

Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.

Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang 'Akil Baligh lelaki dan perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud;

"Permulaan agama ialah mengenal Allah".

yakni mengenal setengah daripada SifatNYa yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita; dan yang mustahil padanya dan harus padaNya seperti yang difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya;

"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi Sholaatu Wassalam."

Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;

"Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."

Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW. ketika ia mikraj jua seperti Firman Allah yang bermaksud

"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang mendapat akan penglihatan" dan lagi sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"

Dan makna terdinding Alaah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang zhohir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam dunia ini maka tiap-tipa perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia ini adalah sekeliannya itu makluk bukan Tuhan.

Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana Tuhan itu :

"Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat mendengar lagi amat melihat".

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"

Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA. "Lemah daripada pendapat itulah pendapat". dan kata Sayyidina Ali RA. "Tiap-tiap barang yang terlintas pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala bersalahan akan yang demikian itu".

Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA."Barang(sesuatu) yang terlintas di hati engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian itu"

Dan kata segala 'Arifin "Demikianlah Ijmak(sepakat) Ahli Sunnah Wal Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama kamu".

Kerana yang demikian itulah Rasulullah bersabda dengan maksudnya;

Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."

iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.

Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan dia dengan jalan tafsil(perincian) melainkan dua puluh sifat jua seperti kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala " Setengah daripada barang yang wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat.

Oleh itu tiap-tiap seorang daripada kita WAJIB mempelajari Ilmu Sifat 20 ini yang juga disebut seperti kenyataan di atas tanpa mengira siapa kita.