ANTAL HADI ANTAL HAQ LAISAL HADI ILLA HU

My photo
MASIH DALAM PERJALANAN

Followers

Sunday, May 16, 2010

maarifat

Hakikat Makrifat

Ketahuilah olehmu wahai saudaraku, hakikat makrifat itu terhimpun ia atas tiga[3] perkara iaitu;

1. Pegangan yang putus[tetap dan teguh]
2. Muafakat bagi yang sebenar [betul dengan hukum syarak]
3. Daripada dalil Akal dan dalil Naqal daripada Al-Quran dan Hadis
Maka tertolak(batal)makrifat itu tiga perkara pula iaitu;

1. Syak
2. Dzan
3. Waham
Adapun erti syak itu bersamaan berat antara ada dengan tiada pada hati seseoarang. Erti Dzan itu dua bahagi berat kepada ada[2/3] dan satu bahagi berat kepada tiada[1/3].Erti Waham itu dua bahagi ringan kepada tiada dan satu bahagian ringan kepada ada.

Maka jika ada satu daripada yang tiga ini di dalam hati seseorang maka tiadalah memadai makrifatnya.

Jika ia yakin lagi putus pegangannya dan muafakat bagi yang sebenar tetapi tiada dengan dalil, dinamakan dia taklid yang Sholeh bukan nama makrifat. Maka yang demikian itu pada Qaul[Pendapat] yang muktamat, mereka ini adalah mukmin yang 'Ashi (mukmin yang derhaka) jika ia mempunyai akal. Derhakanya ia kerana tiada mahu belajar sedangkan dia sihat.

Ketiga; pegangan yang putus tiada muafakat dengan yang sebenar dan tiada daripada dalil, maka dinamakan orang itu Jahil Murakkab(Jahil yang bersusun) seperti kata orang yahudi "bahawasanya Nabi Isa anak Allah" atau seperti i'tiqad majusi dengan dua tuhan satu tuhan dilangit dan satu tuhan dibumi. Maka orang itu tiada khilaf(bersalahan) ulama akan bahawasanya ia kafir. Mahasuci Allah Taala itu diperanakkan dan beranak seperti firmanNya dalam Suratul-Ikhlas ayat 3 -4 yang bermaksud;

"Tiada beranak Ia dan tiada diperanakkan dan tiada sebangsa baginya seseorang".(Surah Al-Ikhlas;3-4)

"Jika ada di dalam tujuh petala langit dan bumi, ketuhanan yang lain daripada Allah Taala, nescaya binasa keduanya(Surah Al-Ambiya';22) dan lagi firmanNya yang bermaksud;

Jangan kamu ambil akan dua tuhan.Sesungguhnya tuhan itu Tuhan Yang Esa (Surah Al-Nahl;51).

Bermula mengetahui dua puluh sifat itu setengah daripada jalan mengenal Allah Taala dengan Ilmu(Ilmu Yakin) kerana mengenal Allah dengan berdalil kepada sekelian Alam dan memikirkan akan segala kejadian seperti firman Allah dalam Suratul Imran:190 - 191 yang bermaksud:

"Bahwasanya pada kejadian langit dan bumi dan bersalahan malam dan siang sebagai tanda bagi orang yang mempunyai fikiran, mereka yang sentiasa menyebut akan Allah Taala pada waktu berdiri dan pada waktu duduk dan pada waktu berbaring atas lambung dan sentiasa memikir mereka itu pada segala kejadian langit dan bumi."

Pengetahuan mengenai sifat-sifat yang Wajib bagi Allah dan Rasul , sifat-sifat yang Mustahil dan Harus bagi Allah dan Rasul ini kenali juga dengan ilmu-ilmu berikut:

Ilmu Tauhid
Ilmu Usuluddin
Ilmu Kalam
Ilmu 'Aqaid
Ilmu Sifat Dua Puluh
Ilmu Akal
Perbincangan mencakupi perbahasan tentang makna dan maksud yang tersirat di sebalik pengucapan Kalimah Syahadah. Meliputi perkara-perkara seperti;

Makna Ketuhanan
Hakikat Ketuhanan
Sifat-sifat Ketuhanan
yang wajib dipelajari oleh setiap muslim bagi tujuan untuk mentahkidkan pegangan seseorang agar dapat mengenal dan membeza Ketuhanan Allah Taala yang ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH. Ilmu Tauhid inilah yang menjadi asas dan tapak permulaan untuk meneroka ilmu-ilmu yang seterusnya seperti Ilmu Tasauf dan Ilmu Tahqiq(Martabat Tujuh) yang akan membebaskan seseorang daripada najis syirik Jali [besar] dan syirik Khofi [halus/tersembunyi].

Adapun memikirkan akan segala kejadian itu bukanlah semata-mata pada langit dan bumi sahaja bahkan semua kejadian adalah dijadikan untuk mengambil dalil yang menunjukkan akan ketunggalan Allah Taala dan kekuasaannya. Demikian lagi sama juga dengan memandang dan memikir pada kejadian diri kita juga daripada yang pelik dan pekerjaan yang ganjil yang lemah oleh pancaindera pemikiran yang sama dengan pandangan kepada kejadian langit dan bumi ialah tanda bagi yang berakal mengenal dan mengingat akan tuhan yang amat bijaksana seperti firmannya dalam Suratul Zaariyat yang bermaksud;

"Dan pada diri kamu adakah tiada melihat kamu" [yakni sebagai melihat yang jadi pengajaran].

Maka dari sinilah sebahagian daripada Ilmu Tasauf mengajar mengenal diri dan jika kenal diri barulah kenal Allah. Harap pembaca dapat turut mengupas yang berikutnya...Insya Allah.

No comments:

Post a Comment