ANTAL HADI ANTAL HAQ LAISAL HADI ILLA HU

My photo
MASIH DALAM PERJALANAN

Followers

Saturday, May 1, 2010

ayah tok

10 PERKARA MENJADI ORANG YANG BERJAYA


1. Senantiasa merendah diri & bersyukur serta mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

2. Senantiasa bersabar & beramanah serta melakukan perkara2 yang baik sebelum orang lain melakukannya.

3. Banyak bercampur (Orang2 yang berilmu & Guru2 ) serta bertanyakan tentang perihal perkara2 yang menjadi kejayaan orang2 yang telah pun berjaya sebelum dirinya.

4. Banyak membaca, melihat & mempelajari kisah2 yang menjadi tauladan untuk dijadikan sempadan buat dirinya.

5. Tidak terlalu membuang masa malah senantiasa meluangkan masa bermuhasabah diri & banyak melakukan perkara2 yang berfaedah.

6. Tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menguruskan sesuatu & senantiasa berfikiran terbuka serta matang dalam menangani segala hal.

7. Senantiasa berperibadi akhlak yang mulia & disenangi oleh semua orang & senantiasa berfikiran positif serta bijak mengatur masa depan diri.

8. Melakukan perkara2 yang menjadi kebaikan, kepentingan serta keperluan untuk orang lain sebelum dilakukan untuk dirinya.

9. Banyak berzikir & bermunajat memohon keredhoaan & keampunan daripada Allah s.w.t agar diluruskan jalan serta hidayah dimana-mana sahaja dirinya berada.

10. Menganggap segala masalah itu adalah ujian & dugaan daripada Allah s.w.t agar dirinya lebih beriman & beramal soleh.

No comments:

Post a Comment