ANTAL HADI ANTAL HAQ LAISAL HADI ILLA HU

My photo
MASIH DALAM PERJALANAN

Followers

Tuesday, December 22, 2009

hurm...jujur lah...

Kita akan meletakkan alasan untuk menutupi kekurangan.


Tetapi mampukah kekurangan diperbaiki dengan alasan? Kita hanya tahu menangis apabila kita ditinggalkan. Tetapi pernahkah kita melihat air mata seseorang yang kita tinggalkan?



Aku belajar… bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintaiku. Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai…

Aku belajar… bahawa cinta perlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan, dan beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Aku belajar… bahawa orang yang aku sangka jahat, adalah orang yang membangkitkan semangat hidupku serta begitu prihatin…

Aku belajar… bahawa sahabat terbaikku dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu yang terbaik….

Aku belajar… bahawa cinta sejati sentiasa berkembang walau dipisahkan jarak dan waktu, dan beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati…

Aku belajar… bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan bukan bererti dia tidak mencintaiku…

Aku belajar… bahawa sebaik-baik pasangan, mereka pasti pernah melukai perasaannya, dan untuk itu kita harus memaafkan…

Aku belajar… bahawa aku harus mengampuni diri sendiri dan orang lain, jika tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Aku belajar… bahawa tidak menjadi masalah seberapa buruknya patah hati itu kerana dunia tidak akan berhenti hanya kerana kesedihanku…

Aku belajar… bahawa aku tidak dapat megubah seorang yang aku sayangi melainkan bergantung kepada diri mereka sendiri…

Aku belajar… bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadiku, tetapi aku harus bertanggungjawab untuk setiap apa yang aku lakukan…

Aku belajar… bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda sama, tetapi kadang-kadang dari sudut pandang yang berbeza…

Aku belajar… bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya…

Aku belajar… bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini, semua perlukan proses dan pertumbuhan, kecuali aku ingin sakit hati…

Aku belajar… bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi, atau sikap dan emosi itu yang menguasaiku…

Aku belajar… bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang aku cintai…

Aku belajar… bahawa orang yang sangat aku cintai dan kasihi justeru sering diambil dahulu dari pada kehidupanku…

No comments:

Post a Comment