ANTAL HADI ANTAL HAQ LAISAL HADI ILLA HU

My photo
MASIH DALAM PERJALANAN

Followers

Tuesday, December 22, 2009

utk apa semua duka lara sengsara...?

Jika seorang Hawa menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia memilih untuk tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya....

Seorang Hawa tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di hadapan orang yang amat dia sayangi....
Dia menjadi lemah.

Seorang Hawa tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu...
Dia akan menurunkan rasa egoisnya..

Wahai Adam, jika seorang Hawa pernah menangis keranamu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Hai Adam...
jika Hawa kamu menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis di hadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya…
Mata Hawa milik kamu....
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan…
Siapa lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di hadapanmu dan keranamu…

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan…
Dia menangis...
kerana menangis dengan diam-diam tidaklah melegakan hatinya lagi.

Wahai Adam...

Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang Hawa menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu,
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya…

Pertimbangkanlah…
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan ‘MAAF’!

No comments:

Post a Comment